Takbir Malam Raya – CSMU, Simferopol Ukraine II

Aish, enam tahun sudah beraya di Ukraine. Suka duka pahit manis sudah menjadi rencam kehidupan. Malam raya pasti tidak meriah tanpa bertakbir berjemaah memuji kebesaran Illahi juga sebagai tanda meraikan kemenangan setelah sebulan menyempurnakan ibadah puasa. Pun begitu, inilah takbir terakhir pelajar-pelajar tahun enam. Sayu, semoga menjadi kenangan yang terabadi dalam lipatan memori sepanjang zaman, InsyaAllah.Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!